Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang sedang tidur sambil didodoikan Siti Nurhaliza ketika beliau membuat live di aplikasi tiktok itu.
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun terdahulu Afwa menutup telinga apabila mendengar ibunya menyanyi namun kali ini beliau tertidur dengan nyanyian tersebut yang sangat lunak dan merdu.
“Tokti nyanyi afwa je boleh jadi juri hahaha terbaiklah tokti”
“intan payung jangan cakap tak sedap pulak, tu sampai terlena da”
“sedap laa didodoikan dengan nyanyian biduanita negara hahahah adoi afwa ni”
“sedap merdu suara tokti sampai terlentok afwa”
“afwa sayang boleh tidur yaa dengar tokti menyanyi”-Tulis Netizen
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Leave a Reply