Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tengku Hassanal yang sedang beramah mesra dengan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025.

Di dalam video berkenaan juga memaparkan Tengku Hassanal yang sangat riang sambil bergurau senda dengan pelajar disekolah tersebut. Tengku Hassanal menghadiri di majlis tersebut bagi memberi semangat kepada pelajar-pelajar disitu.

@pttionline

Bila Sultan Pahang hadir di Road Tour PTTI, ia jadi momen yang mengingatkan – usaha hari ini tentukan masa depan. Kini peluang sama ada untuk anda, percuma & online! ✨ Seminar Online Free Trial Selekoh Akhir SPM (10–14 Sept 2025). Hubungi team PTTI sekarang untuk kami bantu.

♬ original sound – PTTI – PTTI

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal seorang yang sangat merendah diri dan berjiwa rakyat serta banyak membantu meringankan beban rakyat terutamanya di negeri Pahang.

“Tengku Hassanal lebih selesa dan happy dengan pelajar lelaki”

“Terima kasih dan berbangga punyai raja macam tengku dan ayahanda sultan”

“daulat tuanku berjiwa rakyat ihklas membantu”

“syoknya dapat bermesra dengan anak anak begitu sporting Tengku Hassanal”-Kata Netizen

Info Tambahan, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang, dilahirkan pada 17 Mei 1995. Anak kedua Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, beliau cucu Sultan Ahmad Shah. Pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan St. John’s, Kuantan, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang dan Kolej Tunku Kurshiah. Beliau memiliki ijazah Undang-undang dan Politik Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent, UK. Dilantik Leftenan Kedua Angkatan Tentera Malaysia pada 2020, beliau juga Canselor UniPSAS dan Presiden MUIP. Dikenali mesra dan prihatin, Tengku Hassanal aktif memajukan belia dan negeri, menjadikannya harapan generasi muda Pahang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melipah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Leave a Reply

Designed with WordPress

Discover more from OH BUNNY MEDIA

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading