Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kemesraan Nelydia Senrose bersama suami tercintanya itu.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga memuji sikap Nelydia Senrose yang tidak pernah membuka aib suami atau menceritakan masalah keluarga di laman media sosial. Tambah mereka lagi, perkara sedemikian tidak perlu untuk orang luar mengetahuinya cukup sekadar keluarga sahaja.
“Kalau tengok nelydia ni dia lagi matang dari kakak dia, tak pernah dengar cerita buruk dari mulutnya”
“ujian lain lain, korang jangan samakan dia dengan kakak nya tu”
“pasangan ni sweet betul, secocok sangat”
“mungkin kakak dia nak macam ni la kot tak payah penat cari duit tapi berkepok masuk tiap hari pergi travel sana sini”
“suka tengok Nelydia dengan suami, semoga mereka juga diberikan zuriat yang soleh dan solehah”
Apa-apa pun, setiap manusia pasti akan ada ujian yang tersendiri dan janganlah bandingkan ujian orang lain dengan ujian yang kita hadapi. Apa kata anda?

Leave a Reply